Thursday, April 27, 2017

PENDEKATAN PERGERAKAN KREATIF DAN MUzIK DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Waaa.... lama dah saya tak sempat nak update blog ni. Kali ini saya dah dapat peluang dan akan bercerita tentang topik diatas.


Bagaimana Pendekatan pergerakan kreatif dan musik dalam perkembangan kanak-kanak

Pergerakan badan bukan sahaja menyeronokkan bagi kanak-kanak tetapi ia juga satu peluang yang baik bagi kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Aktiviti ini dapat dimanfaatkan kerana ketika aktiviti pergerakan dan muzik dilakukan banyak kemahiran perkembangan berlaku, antaranya:
1.      Penyertaan dalam kumpulan
2.      Kemahiran social
3.      Kemahiran mengekspres emosi
4.      Kemahiran meningkatkan konsep kendiri
5.      Kemahiran berkongsi muzik dan tarian antara budaya
6.      Kemahiran merubah perasaan dalam tempo ketika mendengar secara perincikan (Fokus)
7.      Kemahiran kesedaran pergerakan dan meletakan badan
8.      Kemahiran kreativiti dan imaginasi
9.      Belajar perkataan baru dan konsep
10.  Menemui konsep meneroka dalam sebab dan akibat
11.  Membina kemahiran motor kasar
12.  Dapat kemahiran dalam mengimbangi, koodinasi, dan irama melalui tarian serta aktiviti pergerakan
13.  Meningkatkan kemahiran motor halus terutama dalam pembelajaran bermain jari dan bermain alat muzik yang kecil
Dari senarai diatas dapat dilihat bahawa aktiviti pergerakan kreatif dan muzik terdapat banyak perkembangan kanak-kanak yang berlaku, seperti perkembangan fizikal, perkembangan Bahasa dan komunikasi, perkembangan, perkembangan kognitif, perkembangan sosioemosi dan lain-lain.
Inilah antara sebab-sebab pergerakan badan bukan sahaja menyeronokkan, ia juga satu peluang untuk kanak-kanak menyelesaikan masalah. Dalam aktiviti pergerakan, dapat memberi cabaran kepada kanak-kanak dengan cara yang berbeza dan dapat membantu  pendidik serta ibu bapa penyelesaian masalah dan kebolehan  kreatif kanak-kanak yang kurang mampu berkomunikasi.
Para pendidik awal kanak-kanak seharusnya mengambil peluang ini menerapkan aktiviti pembelajaran mengikut perkembangan yang dikehendaki melalui pendekatan keratif dan muzik. Masukkan elemen-elemen matematik ketika membuat pergerakan. Melalui pancaindera, pendidik boleh membuat aktiviti-aktiviti memain muzik sambal menghasilkan bunyi, tinggi rendah, kuat dan perlahan dan diikuti dengan aktiviti pergerakan. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya kanak-kanak terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan aktiviti ini juga kanak-kanak dapat mengenali dan meluahkan perasaan gembira, takut, sedih, cemas dan sebagainya.
Selain dari berasa seronok, Pergerakan kreatif dan muzik ini dapat memberi peluang yang baik untuk kanak-kanak menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana masalah pergerakan yang mencabar dengan cara yang berbeza dapat membantu pendidik dan ibu bapa membantu kanak-kanak berkemahiran dalam bidang kreatif dan penyelesaian masalah. Pengajaran dan pembelajaran pergerakan kreatif dan muzik juga secara tidak langsung, memberi peluang pendidik dan ibu bapa juga terdedah dalam proses yang sama, mengembalikan segala kemahiran yang ada pada diri sendiri yang lama tidak digunakan. Antaranya seperti dapat meningkatkan kecerdasan, meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa, meningkatkan kemahiran bertutur, meningkatkan kreativiti dan banyak lagi.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai manfaat yang dapat diperolehi menerusi pendekatan pergerakan kreatif dan muzik, seperti dapat meningkatkan kesedaran diri, harga diri serta autonomi peribadi. Keadaan ini membawa kepada keyakinan diri dan dapat menghubungkan  antara fikiran, perasasan diikuti dengan pemilihan tindakan dalam kehidupan seharian.

Saturday, February 27, 2016

PERKEMBANGAN FIZIKAL : MOTOR HALUS

Motor halus merupakan pergerakkan-pergerakkan kecil yang lebih sempurna yang melibatkan otot tertumpu dan bukannya kekuatan. Pergerakan yang lebih kecil dan halus melibatkan koordinasi mata dan tangan serta kurang menggunakan otot yang besar.
Motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil tangan pergelangan tangan, jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata
Contoh:
       Mencapai objek-objek yang dikehendaki bergantung kepada perkembangan kanak-kanak tersebut.
       Menggunakan jejari untuk memegang pensil untuk menulis dan melukis.
       Membuat penerokaan persekitaran menggunakan tangan dan jari jemari.

                 
       
 Asas perkembangan motor kasar dan halus adalah dari pantulan/reflex. Ia adalah tindak balas tanpa berfikir, berupa tindak balas semulajadi terhadap sesuatu ransangan dalam persekitaran. Pada mulanya pantulan ini bersifat tidak terkawal, lama kelamaan menjadi terkawal dan berlaku secara sengaja dalam kemahiran motor kanak-kanak. Contoh: pantulan menggenggam atau melangkah.


Konsep Perkembangan motor halus: merupakan perkembangan kemahiran kanak-kanak yang melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata tangan. Pergerakan motor halus mempunyai hubungan rapat dengan lain-laian perkembangan kanak-kanak.

Thursday, February 18, 2016

PERGERAKAN DAN MUZIK KANAK-KANAK

Semulajadinya kanak-kanak memang suka bergerak. Samaada pergerakkan semulajadi atau terikut-ikut dengan alunan muzik.
Pendidik perlu memberi contoh dan bimbingan kepada kanak-kanak untuk membuat pergerakan yang selamat.
Pendedahan kepada pergerakan yang selamat akan mewujudkan bentuk pengalaman yang kreatif dan dapat mendidik mereka kepada nilai-nilai estetika.
Penggunaan props akan meningkatkan kemahiran manipulasi yang melibatkan objek. Penggunaan props dapat menwujudkan suatu pergerakkan yang sangat kreatif bagi kanak-kanak dan memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi bersama alam.
Muzik merupakan susunan bunyi dalam pola yang menyenang dan menarik.

Pergerakkan kreatif bersama muzik dapat memupuk kanak-kanak mengekpresikan pemikiran dan nyanyian pula dapat membantu kanak-kanak meluahkan perasaan dalam bentuk Bahasa.

Semasa persembahan



Semasa latihan dengan menggunakan prop yang belum siap

Saturday, February 13, 2016

KREATIVITI DAN PERGERAKKAN


Kanak-kanak sememangnya suka bergerak kesana sini dengan berbagai gaya semulajadinya. sememangnya kreatif anak-anak kecil ini.
Pergerakkan kreatif sangat penting pada kanak-kanak untuk membesar kerana otot-otot mereka sedang membentuk.

Pendedahan aktiviti seni dan kreativiti kepada kanak-kanak dapat meningkatkan kecerdasan otaknya.
ini adalah kerana aktiviti kreativiti pergerakkan melatih pola berfikir dan pola kerjaya sehingga mereka mampu memilik daya analisis yang lebuh cermat.

Pergerakkan kreativiti dan muzik sememangnya elok di dedahkan dari awal usia kanak-kanak kerana ketika ini sel-sel otak sedang membentuk. Ia akan dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak tersebut seperti:-
  •  Anak memiliki kepekaan yang jauh lebih sensitif
  • Membantu kanak-kanak mempunyai keperibadian yang tinggi serta berkeyakinan
  • Dapat mengawal pergerakkan motor kasar dan motor halus dengan baik
  • Dapat meningkatkan kemampuan bahasa dan berbicara dengan yakin
  • Dapat mengawal perkembangan sosial dan emosi
  • Meningkat perkembangan deria pendengaran
  • Meningkatan perkembangan kognitif kerana muzik dapat menarik minat kanak-kanak
  • Dapat memupuk disiplin yang tinggi kepada kanak-kanak

Pergerakkan kreatif menggunakan kedua-dua bahagian otak, otak kanan dan otak kiri. Otak kanan berfungsi untuk mencipta kreativiti, hayalan, bentuk dan ruang, emosi, mizik dan warna manakala otak kiri untuk berfikir secara matematik, berupa pola pergerakkan dan ruang.

Berilah mereka galakkan ketika diusia ini, sebelum mereka diajar membaca dan mengira dan juga bukan ketika telah remaja.


Friday, February 12, 2016

ANAK-ANAK KITA

  
 Anak-anak kita dimasa akan datang bakal menjadi arkitek, doctor, engineer, guru, professor, pemimpin atau menteri. Tapi bagaimana ia bermula…..  tak lain tak bukan tentunya dari pendidikan diawal kanak-kanak.
Kami di Taska Anugerah Adik Cemerlang (TAAC) akan memberi pendedahan kepada kanak-kanak asuhan kami akan ilmu-ilmu penting ini seperti problem solving dan critical thinking dari usia kanak-kanak ini mula bersama kami di TAAC
Hubungi kami di no. 019 2246 846

Friday, January 29, 2016

Apa pun jadi mainan bagi kanak-kanak

Dengan kanak-kanak apa-apa pun boleh jadi mainan. Melalui bermain akan menghasilkan kreativiti bagi kanak-kanak. Perkembangan kreativiti akan melibatkan kemahiran berfikir yang kritikal dan analitikal untuk menghasilkan sesuatu idea yang baru                                              .


                  
    Kreativiti terdapat dalam semua bidang perkembangan kanak-kanak. Berilah peluang kanak-kanak ini bermain agar kanak-kanak dapat membina pengalaman melalui lima deria dan disimpan dalam bentuk hubungan sinaps dalam otaknya. Keperluan pengalaman ini mempunyai impak yang besar kepada senibina otak kanak-kanak sehingga mereka dewasa.

Antara aktiviti kanak-kanak di TASKA ANUGERAH ADIK CEMERLANG


Friday, January 15, 2016

BERMAIN SAMBIL BELAJAR


 
  

Pengajar awal kanak-kanak (cikgu, teacher, kakak atau lain-lain) perlu mengendalikan aktiviti kanak-kanak. Apa itu aktiviti kanak-kanak? Rasanya semua orang tahu kan?
Aktiviti kanak-kanak adalah ber “MAIN”.

Pengajar awal kanak-kanak perlu merancang apakah “permaianan” pada hari keesokannya. Ini adalah untuk membuat persedian apakah alat permaianan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti bermain sambil belajar beserta alat bantuan mengajar yang diperlukan. Ini adalah pendedahan kepada kanak-kanak kepada kegunaan bahan-bahan persekitaran mereka dan membantu mendedahkan kanak-kanak kepada “critical thinking” dan “problem solving”. Pengetahuan ini sangat penting untuk dipupuk seawal mungkin agar kanak-kanak ini bersedia untuk menjadi dewasa yang matang.