Thursday, April 27, 2017

PENDEKATAN PERGERAKAN KREATIF DAN MUzIK DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Waaa.... lama dah saya tak sempat nak update blog ni. Kali ini saya dah dapat peluang dan akan bercerita tentang topik diatas.


Bagaimana Pendekatan pergerakan kreatif dan musik dalam perkembangan kanak-kanak

Pergerakan badan bukan sahaja menyeronokkan bagi kanak-kanak tetapi ia juga satu peluang yang baik bagi kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Aktiviti ini dapat dimanfaatkan kerana ketika aktiviti pergerakan dan muzik dilakukan banyak kemahiran perkembangan berlaku, antaranya:
1.      Penyertaan dalam kumpulan
2.      Kemahiran social
3.      Kemahiran mengekspres emosi
4.      Kemahiran meningkatkan konsep kendiri
5.      Kemahiran berkongsi muzik dan tarian antara budaya
6.      Kemahiran merubah perasaan dalam tempo ketika mendengar secara perincikan (Fokus)
7.      Kemahiran kesedaran pergerakan dan meletakan badan
8.      Kemahiran kreativiti dan imaginasi
9.      Belajar perkataan baru dan konsep
10.  Menemui konsep meneroka dalam sebab dan akibat
11.  Membina kemahiran motor kasar
12.  Dapat kemahiran dalam mengimbangi, koodinasi, dan irama melalui tarian serta aktiviti pergerakan
13.  Meningkatkan kemahiran motor halus terutama dalam pembelajaran bermain jari dan bermain alat muzik yang kecil
Dari senarai diatas dapat dilihat bahawa aktiviti pergerakan kreatif dan muzik terdapat banyak perkembangan kanak-kanak yang berlaku, seperti perkembangan fizikal, perkembangan Bahasa dan komunikasi, perkembangan, perkembangan kognitif, perkembangan sosioemosi dan lain-lain.
Inilah antara sebab-sebab pergerakan badan bukan sahaja menyeronokkan, ia juga satu peluang untuk kanak-kanak menyelesaikan masalah. Dalam aktiviti pergerakan, dapat memberi cabaran kepada kanak-kanak dengan cara yang berbeza dan dapat membantu  pendidik serta ibu bapa penyelesaian masalah dan kebolehan  kreatif kanak-kanak yang kurang mampu berkomunikasi.
Para pendidik awal kanak-kanak seharusnya mengambil peluang ini menerapkan aktiviti pembelajaran mengikut perkembangan yang dikehendaki melalui pendekatan keratif dan muzik. Masukkan elemen-elemen matematik ketika membuat pergerakan. Melalui pancaindera, pendidik boleh membuat aktiviti-aktiviti memain muzik sambal menghasilkan bunyi, tinggi rendah, kuat dan perlahan dan diikuti dengan aktiviti pergerakan. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya kanak-kanak terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan aktiviti ini juga kanak-kanak dapat mengenali dan meluahkan perasaan gembira, takut, sedih, cemas dan sebagainya.
Selain dari berasa seronok, Pergerakan kreatif dan muzik ini dapat memberi peluang yang baik untuk kanak-kanak menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana masalah pergerakan yang mencabar dengan cara yang berbeza dapat membantu pendidik dan ibu bapa membantu kanak-kanak berkemahiran dalam bidang kreatif dan penyelesaian masalah. Pengajaran dan pembelajaran pergerakan kreatif dan muzik juga secara tidak langsung, memberi peluang pendidik dan ibu bapa juga terdedah dalam proses yang sama, mengembalikan segala kemahiran yang ada pada diri sendiri yang lama tidak digunakan. Antaranya seperti dapat meningkatkan kecerdasan, meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa, meningkatkan kemahiran bertutur, meningkatkan kreativiti dan banyak lagi.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai manfaat yang dapat diperolehi menerusi pendekatan pergerakan kreatif dan muzik, seperti dapat meningkatkan kesedaran diri, harga diri serta autonomi peribadi. Keadaan ini membawa kepada keyakinan diri dan dapat menghubungkan  antara fikiran, perasasan diikuti dengan pemilihan tindakan dalam kehidupan seharian.