Wednesday, December 30, 2015
AKTIVITI HARIAN
Aktiviti harian di Taska Anugerah Adik Cemerlang adalah
mengikut perkembangan kanak-kanak tersebut. Aktiviti dijalankan berkeperluan untuk membentuk keperluan perkembangan sahsiah diri dan amalan harian yang positif agar kanak-kanak
ini menjadi insan yang bertanggung jawab terhadap diri dan keluaragnya.
Selain itu juga aktiviti ini merupakan asas kepada
kanak-kanak sebagai persediaan untuk kanak-kanak ini meneroka kehidupan dimasa
hadapan.
Penyelesaian masalah dan penaakulan perlu didedahkan seawal mungkin
agar kanak-kanak ini tahu untuk berdikari dan dapat berfikir dengan tenang.
Friday, November 20, 2015
Aktiviti perkembangan Kognitif di Taska Anugerah Adik Cemerlang
Pada peringkat umur kanak-kanak di Taska boleh
dianggap sebagai satu proses transisi pembelajaran individu, iaitu dari diri
sendiri kepada kumpulan yang lebih besar. Pada peringkat umur 2 ke 3 tahun
kanak-kanak telah boleh dididik untuk berkongsi aktiviti. Ini adalah kerana
pada peringkat ini, menurut piaget kanak-kanak aktif membentuk kefahaman
terhadap persekitaran.
Pendedahan konsep awal matematik perlu bagi
kanak-kanak ini untuk membantu kanak-kanak, antaranya dalam perkembangan
penyelesaian permasalahan
Thursday, November 12, 2015
Pembelajaran di taska
Pembelajaran
awal literasi
Objektif: mengenal, menyebut dan membentukan
huruf “C”
Menyanyikan lagu abc
Menunjukkan model huruf
“C” dan meminta kanak2 menyebut bersama.
Nyanyikan lagu phonic
untuk huruf “C” bersama kanak-kanak
sambal membuat pergerakan. Ulang beberapa kali
Mengajak kanak-kanak
menyebut perkataan yang bermula dengan huruf “C”
Membenarkan kanak-kanak
memegang model huruf “C” sambil menyebut huruf dan bunyi phonic huruf tersebut.
Ulang beberapa kali.
Dengan mengunakan
‘string” yang sesuai, minta kanak-kanak menjahit huruf “C” pada model huruf
sambil menyebut nama huruf dan bunyi phonic huruf tersebut, berulang-ulang.
Aktiviti ini adalah aktiviti pratulis dan pengukuhan bagi mengenal huruf “C”
Komponen pembelajaran lain
yang terlibat: fizikal, sosio emosi, awal matematk, deria dan dunia
persekitaran dan kreativiti.
Pembelajaran adalah
perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang
disebabkan oleh pengalaman
Pengulangan adalah untuk
pengukuhan pembelajaran. Ini terdapat dalam teori behaviorism oleh Pavlov
berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan
dengan gerak balas.
Friday, January 2, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)