Thursday, November 12, 2015

Pembelajaran di taska


Pembelajaran awal literasi
Objektif:          mengenal, menyebut dan membentukan huruf “C”
Menyanyikan lagu abc
Menunjukkan model huruf “C”  dan meminta kanak2 menyebut bersama.
Nyanyikan lagu phonic untuk huruf  “C” bersama kanak-kanak sambal membuat pergerakan. Ulang beberapa kali
Mengajak kanak-kanak menyebut perkataan yang bermula dengan huruf “C”
Membenarkan kanak-kanak memegang model huruf “C” sambil menyebut huruf dan bunyi phonic huruf tersebut. Ulang beberapa kali.
Dengan mengunakan ‘string” yang sesuai, minta kanak-kanak menjahit huruf “C” pada model huruf sambil menyebut nama huruf dan bunyi phonic huruf tersebut, berulang-ulang. Aktiviti ini adalah aktiviti pratulis dan pengukuhan bagi mengenal huruf “C”
Komponen pembelajaran lain yang terlibat: fizikal, sosio emosi, awal matematk, deria dan dunia persekitaran dan kreativiti.
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman

Pengulangan adalah untuk pengukuhan pembelajaran. Ini terdapat dalam teori behaviorism oleh Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. 





No comments:

Post a Comment